Apakah itu Buasir? Buasir adalah pembengkakan luar biasa pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur, seperti vena varikos di kaki. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.
Buasir terdapat 2 kategori iaitu Buasir Dalaman dan Buasir Luaran
Buasir Dalaman
Buasir Dalaman selalunya tidak menyebabkan kesakitan atau gatal dan anda tidak boleh merasanya kerana ianya terdapat pada bahagian paling dalam di usus besar. Buasir dalaman adalah tidak merbahaya, tetapi pendarahan itu disebabkan oleh kanser dan ianya haruslah dirawati.
Buasir Luaran
Kebanyakan petanda yang sering kita dengar disebabkan oleh Buasir Luaran, antaranya adalah seperti kesakitan, kepedihan dan kegatalan. Jika Buasir Luaran menjadi besar dan tidak mendapat bekalan darah, satu ketulan boleh terbentuk di dalamnya dan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat serta menyebabkan buasir darah beku. Oleh kerana ianya mempunyai banyak petanda yang tidak disenangi, buasir luaran biasanya mendapat perhatian utama semasa rawatan. Sekiranya urat pada dubur regang dan terdapat Buasir, ianya menjadi susah untuk dipulihkan sepenuhnya.
Punca Penyebab Utama Buasir
a. Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
b. Duduk berterusan
c. Batuk yang teruk
d. Mengangkat benda berat
e. Cirit-birit
f. Kehamilan
g. Bersalin
d. Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
Terdapat 2 Perkara penting yang anda perlu tahu penyakit buasir :-
1. Sembelit
Sebelum merawat sembelit, yang juga merupakan punca Buasir, ianya perlu dikaji atau diselidik terlebih dahulu. Kadang kala kanser atau ketumbuhan lain pada dinding usus atau diluarnya, melekit pada usus atau ketidak sempurnaan najis boleh menyebabkan sembelit kerana separuh daripadanya dihalang. Dalam sesetenggah kes, Hati dan Pundi Hempudu yang tidak berfungsi dengan sempurna, juga boleh menyebabkan usus bertindak perlahan. Bahagian hujung usus yang bermasalah boleh menyebabkan sembelit. Dengan itu pakar perubatan perlu mengkaji keadaan sebenar dengan berhati-hati. Kegagalan membuang air besar dan tekanan urat boleh menyebabkan sembelit. Ianya menjadi kebiasaan di kalangan kanak–kanak yang bersekolah dan mereka yang berkerja di tempat awam yang sering lambat untuk membuang air besar.
2. Pemakanan yang tidak sesuai untuk metabolisme
Buasir dalaman adalah berbeza bagi setiap orang dan peringkat umur dan dari semasa ke semasa disebabkan oleh kekurangan kekerapan membuang air besar/sembelit boleh menyebabkan kesakitan, ketidakselesaan, sakit kepala, migrain dan pendarahan di dalam perut. Oleh yang demikian, langkah segera perlulah diambil oleh individu untuk mengatasi masalah ini.
Tanda-tanda diserang Buasir
Pendarahan pada salur hujung makanan, najis berdarah serta gatal-gatal pada saluran najis.
Pencegahannya :
Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:
1.    Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
2.    Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
3.    Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
4.    Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.
Pemakanan Sumber Asli
1. Jus Lobak dan bayam – mampu membuang toksid pekat dalam aliran darah. 1-2 pain sehari. 6 oz bayam campur 10oz lobak. Sekiranya penyakit buasir anda di tahap yang seriues saya cadangkan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan perkhidmatan nasihat.
2. Batang-batang sayur – Dimasak sup air.
Elakkan dari makan:
Tepung Kanji, gula (roti, kuih manis), lada sulah dan makanan pedas.
Sekiranya penyakit ini kembali serius, saya nasihatkan pesakit terus ke hospital untuk berjumpa doktor untuk meminta khidmat nasihatnya